Tuesday 25 December 2012 @ 23:13 
Selamat Ulang Tahun Muhamad Hafeez bin Baharuddin yang ke 7tahun ..
Kakak ifah sayang awak even awak ni degil-mengada-ngada. hehe ..
Kakak sayang awak even awak selalu buli kakak..
Kakak tetap sayang awak even kakak selalu marah-marah awak..
Kakak sayang awak even awak seorang yang kuat mengadu dekat mama awak..

24/12/2005

Be a good boy ok baby ..
Be a strong boy like Otromen ..
Jangan asyik kena buli dengan senior je sampai duit sekolah kena sorok dalam stokin ..
Again , Selamat Ulang Tahun my bubuii.. hehe



Labels:

Wednesday 19 December 2012 @ 00:50 
Hye blogger ! hows cuti ? mesti awe-som-e kn ? haha ..cuti ? aku ? tak lah seawesome cuti korang.Jalan-2 area kL saje..Pada mulanya mama yang merancang agenda ni semua.katanya,kononnya nak buat ala-2 family adventure trip..bag pack instead of luggage ... bus,LRT and train instead of MBW..bincang - bincang -bincang dan sebulat suara angah,aku dan ijat berkata *ok mama* ..


Mama dah booked awal-2 lagi !
Grand Millenium Hotel ! one of my fav hotel bila datang kL ..
berdepan dengan fahrenheit shopping mall dan bersebelahan dengan Pavilion !..

nak habaq mai , aku suka gila naik turun naik turun lif yang becermin dan hanya menampakkn pemandangan keyel ! *dalam lif sempat begambo* ..


After check in , mama ajak shopping pavilion.
*Met santa klon*

Jalan punya jalan punya jalan dalam pavi, i took it as chance to get a pair of new slippers *hush puppies*..haha.After shopping till maghrib ,balik bilik rehat-2 and get ready for solat maghrib !
Lepas solat siap-2 nk pegi dinner pulak ..

ni orang panggil *mamat and awek gila lensa* ..

Memandangkan area bukit bintang ada banyak pilihan restoran arab,so kitaorang pilih 'zafran restaurant'
'nasi mandi' mari..


While waiting pak arab hensem hantar makanan..

Lepas makan --> balik hotel --> lepak lobby sambil melayani lagu yang didendangkan oleh seorang penyayi yang pastinya tidak popular ..haha 



Kalau breakfast dekat hotel mama cakap 'makan semua makanan yang ada kt situ dan amik sikit-2 je kuantiti makanan tu' .. hahah ..After breakfast jalan-2 area bukit bintang.ternampak seorang perempuan bersama anaknya dipangkuannya.Ya Allah.hati terdetik nak sedekah singgit 2inggit,purse pulak tetinggal dlm bilik..Rasa nak marah dekat perempuan tu ada jugak.kenapalah taknak berkerja ..anak jugak yang turut menjadi mangsa kononnya nak dikesiankan la bila orang tengok.


Check out pukul 12 ..

I wanna thank to my mom , my comel mom ,my one and only mom !
thanks bawa kami bercuti even cuti kitaorang takdelah sehebat cuti korang..













Labels:

Tuesday 18 December 2012 @ 21:43 




Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan.

Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah dengan
tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari
 4 aspek. 

Pertama
, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).

Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.

Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.

Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja.

Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil.


Labels:

Saturday 8 December 2012 @ 07:54 

Ya Allah , sedih sekali melihat gambar dengan keadaan yang berbeza ni ..
tak sangka secara spontan air mata menitis kepipi tengok gambar ni ..

Ya Allah , kau letakkanlah aku dalam kalangan orang-orang yang bersyukur..

Labels:

Friday 7 December 2012 @ 02:23 
I think i am already fallin in love with this patung - this kartun !! my mission is nak cari beg - botol air - bekal - cap - bedroom slipper - and all stuff CJ7 .. wuuhuuu ...





cute , isn't it ?? hahaha
bye ~







Labels: